Tuesday, October 21, 2008

Tips Pemilihan Warna Tudung

GAYA DAN WARNA TUDUNG


  1. Adunan warna mestilah dipandang sepadan antara warna tudung, kerongsang dan baju.sedap mata memandang selesa kita memakai.

  2. Pilih lah warna tudung berpandukan warna bunga ataupun warna tanah kain baju.

  3. Jika memakai baju plain, jangan suka menggunakan warna tudung yang sama warna dengan baju di mana kelihatan atas ke bawah satu warna sahaja.

  4. Jangan pula memilih warna tudung dengan mengambil kira memakai tidak lebih dari 4 warna pada suatu masa

  5. Pilihlah juga warna tudung berdasarkan warna kulit dan bentuk muka.

  6. Kadang2 juga perlu mengambil kira penampilan dan acara atau majlis yang ingin dihadiri


WARNA DAN PERSONALITI

HITAM

  • Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
  • Degil dan berdikari.
  • Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
  • Mewakili perbuatan tidak mengaku ataupun menyerah diri hanya pada saat - saat akhir.
  • Dalam situasi yang tertentu menunjukan personaliti yang mempunyai kawalan pada diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH

  • Mendesak, mudah dirangsang dan lincah.
  • Mempunyai cita - cita yang tinggi dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
  • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
  • Tidak peka pada oerasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
  • Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
  • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak ataupun mencemaskan.
  • Mempunyai kelebihan yang dapat disalurkan bagi memimpin, membangunkan ataupun mengembangkan sesuatu.
PUTIH
  • Mengabungkan semua warna yang lain dalam spektrum.
  • Mempunyai keperibadi yang positif, matang dan optimistik.
  • Gemar menyendiri.
  • Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.
BIRU LEMBUT
  • Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
  • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal di dalam kehidupan.
  • Teliti dalam teguran.
  • Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah.
  • Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu - buru.
  • Inginkan suasana selamat dan mendamaikan.
BIRU GELAP
  • Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi serta mempunyai perasaan yang mendalam.
  • Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok membuat pilihan.
  • Memerlukan persekitaran yang tenang.
  • Mudah terganggu dengan keadaan bising.

MERAH JAMBU (PINK)

  • Bersikap penyayang, mencintai alam semula jadi.
  • Mudah berempati dan memahami.
  • Mudah menunjukan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
  • Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
OREN
  • Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
  • Tidak sabar.
  • Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
  • Bersikap praktikal dan kreatif.
  • Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
  • Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.
HIJAU
  • Berwaspada, berhati - hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
  • Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
  • Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain mengubah sikap.
KUNING
  • Penuh minat dan peransang.
  • Aktif dalam apa jua aktiviti.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu menhadapi cabaran hidup.
  • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
  • Sentiasa menginginkan dan berharap mencapai kegembiraan.
  • Idea dan pemikiran tinggi.
  • Sentiasa baru, moden dan mengalami perkembangan.
UNGU
  • Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam serta bercita - cita tinggi.
  • Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan hendak melibatkan individu lain bersama.

PERANG (COKLAT)

  • Bersikap jujur, bersikap realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
  • Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.
KELABU
  • Tersendiri pendekatannya.
  • Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung supaya tidak merapatkan diri dengan orang lain.
  • Suka mengasingkan diri.
  • Selalu menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

Thursday, October 16, 2008

Tips Penjagaan Tudung Bawal

1. Sebaik-baiknya dicuci dengan tangan.Elakkan dicuci dengan mesin basuh kerana boleh menyebabkan sulaman menjadi tidak cantik dan kemungkinan manik2 batu berlian mungkin tertanggal.

2. Cara mencuci tudung bawal cukup senang dan mudah. Campurkan sedikit sabun pencuci dengan air yang banyak.Rendam Seketika. Selepas dibilas boleh terus dijemur. Gunakan pencuci yang lembut dan diikuti dengan bahan pelembut untuk bilasan ter akhir.

3. Elakkan mencampur tudung dengan kain yang lain semasa mencuci.

4. Sidai ditempat yang teduh.cukup sekadar men aginkan utk ia kering.

5. Guna suhu yang sederhana sahaja apabila mengunakan seterika tuk menggosok tudung bawal.

6. Simpan dengan mengantunggkan nya di dalam almari pakaian.

7. Gunakan pin yang tajam untuk mengelak struktur benang nya rosak.

8. Elakkan memakai tudung ketika rambut basah.

Tuesday, October 14, 2008

KENALI TUDUNG BAWAL

Kain Tudung bawal juga dikenali dengan kain “voile”. Perkataan “voile” ini berasal daripada perancis yang bermaksud fabrik yang nipis dan ringan. Mengikut kamus Oxford pula ada disebut sebagai semitransparent fabric of cotton. Cirinya yang lembut,nipis,mudah dibentuk,mudah diurus dan dijaga mampu menambat hati pengemar setia tudung bawal.

Terdapat 3 jenis bawal di pasaran-"Japanese Voile" (Bawal No.1 Jepun), "Korean Voile" (Bawal No.2 Korea) dan juga "Siam Voile" atau Bawal Siam. Bawal No.1 Jepun paling popular kerana kualitinya walaupun harga lebih mahal berbanding yang lain. Dikatakan tidak berbulu walaupun kerap dicuci dan mudah dibentuk apabila diletakkan di atas kepala. Sekali pandang memang seakan sama namun ianya paling nipis dan terasa lembut apabila dipegang. Terpulang kepada individu ada yang mengemari bawal no1 ada juga bawal no2, yang penting keindahan bawal keduanya terserlah.Tepuk dada tanya selera.

SEJARAH TUDUNG

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.