Thursday, November 20, 2008

Beza Air Mata Ibu dengan Air Mata Duyung ?

AIR MATA IBU

Tudung bawal AIR MATA IBU kini paling hangat di pasaran mengantikan tudung bawal MANJALARA mata kerbau. Ianya menggunakan batu yang bersaiz SS30 dan SS10. Ada juga yang menamakan nya EZORA ataupun AIR MATA NORA DANISH ataupun MATA KERBAU BERJUNTAI. Walau apapun nama nya kami lebih suka memanggilnya BAWAL AIR MATA sebagai singkatan nya. Tudung bawal AIR MATA ini lebih popular berbanding dengan air bawal AIR MATA DUYUNG. Sila lah tempah mengikut warna kesukaan anda berdasarkan code warna yg kami ada. Rugi jika anda tidak memiliki at least satu tuk simpanan koleksi peribadi.

AIR MATA DUYUNG

Tudung BAWAL AIR MATA DUYUNG ini menggunakan batu yang berbentuk seolah2 air mata dan juga batu kecil yang bersaiz SS10. Ada juga yang menamakan AIR MATA KASIH atau AIR MATA PIRAMID. Apa2 pun namanya kami memanggilnya bawal AIR MATA DUYUNG bagi membezakan nya dengan bawal AIR MATA ibu. Juga tidak kurang cantiknya. Tepuk dada tanya selera yang mana lebih menambat hati.

Monday, November 17, 2008

KERONGSANG Pelengkap Gaya Tudung

Kerongsang begitu sinonim berpadanan dengan tudung. Ianya mampu menaikkan seri wajah. Boleh juga dikatakan aksesori wajib bagi wanita muslimah. Mari kita ikuti tips yang selalu kita abaikan dalam pemakaian dan penjagaan kerongsang.

Tips pemakaian kerongsang
1. Warna kerongsang dipilih sedondon dengan warna tudung tetapi haruslah tona lebih menyerlah dan lebih terang.
2. Juga harus juga mengambil kira warna kasut dan beg tangan di mana warna kerongsang tidak digalakkan sama dengan warna kasut dan beg tangan.
3. Pemilihan bentuk kerongsang juga haruslah bersesuaian dengan majlis ataupun tempat yang ingin dihadiri.

Tips penjagaan kerongsang
1. Asingkan mengikut saiz.yang kecil bersama yang kecil dan yang besar bersama dengan yang besar.
2. Haruslah dipin semasa menyimpan
3. Pastikan kerongsang disimpan elok di dalam bekas yang beralaskan span.
4. Elakkan daripada terjatuh kerana mungkin akan merosakkannya.
5. Kerongsang boleh dicuci dengan air biasa sahaja dan kemudian dilap dengan dengan kain yang kering.

6. Guna kan gam yang dikhaskan jika batu nya tertanggal.

7. Gunakan pewarna kuku untuk mengembalikan kilatan dan seri kerongsang yang telah pudar. (cara ini juga digunakan supaya batu kerongsang tidak mudah tertanggal)

Sunday, November 16, 2008

Langkah2 bila anda dapati barangan yg smpi di tangan anda ada defect

Pertama2 skali kami mintak maaf sekiranya berlaku begitu. Kami sedaya upaya tuk memastikan barangan koleksi kami sampi ke tangan anda tiada kekurangan atau defect di mata anda. Sekiranya lah berlaku berikut langkah2 yang perlu dipertimbangkan:

1. Anda boleh memaklum kan kepada kami sesegera yang boleh dalam masa 2 hari setiba barang di pintu rumah anda.

2. Kami akan menggantikan barang yg defect itu dengan yang baru. Pos penghantaran kembali kepada kami akan ditanggung oleh pihak customer. Pos kali kedua akan ditanggung oleh pihak kami (pos register seluruh Malaysia sahaja).

3. Atas budi bicara, kami juga boleh memulangkan balik wang anda dengan syarat sebaiknya tiba barangan kami di sini.

4. Ataupun barangan yang defect itu boleh ditukar dengan barangan yang lain. Kami akan kembalikan semula baki wang anda ataupun anda kena top up sebelum pengeposan barangan kedua dibuat. Urusan tukar barang ini boleh dibuat dengan syarat barang yang defect sudah sampai ke tangan kami.

5. Harap anda berpaus hati. Kami ikhlas memberi Anda puas hati membeli.

6. Saya berharap sangat agar perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi kami kekadang manusia biasa dan mungkin kami terlepas pandang. Kami hanya melayan jika berlaku nya defect barangan kami sahaja. Kami tidak akan melayan alasan "tidak berkenan" atau alasan2 yang lain. Kami hanyalah peniaga kecil online yang menjalankan segala urusan di rumah. Diharap dengan tolak ansur ini akan menguntungkan kedua2 belah pihak dan jangan lah ada yang mengambil kesempatan. Harap maklum.

INTRO KOLEKSI DE' NIZA


Pertama sekali, terima kasih kerana mengunjugi laman blog kami. Semoga laman blog kami ini menjadi tempat sebagai inspirasi fesyen muslimah terkini ataupun sekurang-kurangnya dapatlah menambah ilmu sbg panduan dlm pemilihan gaya muslimah anda atau pun juga jenguk lah blog kami sekadar untuk mencuci mata mengisi masa terluang.

Zaman broadband yg serba canggih skrg, semuanya begitu senang segala-galanya ada di hujung jari. Rasanya anda tidak perlu lagi perlu berasak2, berpeluh2, tidak perlu bayar parking, memikirkan kos minyak+tol. Hanya dengan klik2 anda selesa+mudah memiliki barangan lain dr koleksi de'niza untuk koleksi peribadi atau hadiah untuk yang tersayang. Dengan berpegangkan prinsip jualan murah sepanjang tahun + berkualiti + ikhlas, kami berharap agar dapat memenuhi citarasa pengguna di luar sana. Kami amat mengalu-alukan cadangan ataupun komen daripada pengunjung semua supaya kami dapat meningkatkan mutu dan kualiti dari masa ke semasa. Kami juga bermatlamat menjadikan cara ini mempromosikan barangan koleksi PANTAI TIMUR di mata dunia.

Kami memastikan barangan berkualiti sampai ke pintu rumah anda. Kenapa bayar lebih dapatkanlah dengan harga yang murah di sini. Mengapa harga kami tawarkan begitu murah? Kami mendapat tudung bawal ini secara terus daripada supplier yang distribute tudung bawal di sekitar KL. Jadi kami tidak perlu menanggung kos transport yang tinggi. Apa salahnye keuntunggan itu kami kongsi bersama pelanggan kami.
Koleksi De'Niza sebenarnya di bawah kelolaan ENZY ENTERPRISE. Beralamat 111, Jalan Permata 2, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur. Syarikat kami ini berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. No pendaftaran : 00180281-A.
Kami ikhlas memberi Anda puas hati membeli. Selamat shoppin.

Wednesday, November 5, 2008

Latest Design Manjalara


Gamba kat atas tu latest design manjalara mata kerbau. CANTIK SANGAT! Casing nya 7 warna dalam satu tudung. Ia nya senang nak sesuai kan dengan semua baju. Nampak lagi meriah dan kelihatan lebih ceria meria. Nak order? ada macam2 kaler tetapi yg paling diminati warna putih, hitam dan krim. Apa lagi tunggu order le skrg.