Monday, November 17, 2008

KERONGSANG Pelengkap Gaya Tudung

Kerongsang begitu sinonim berpadanan dengan tudung. Ianya mampu menaikkan seri wajah. Boleh juga dikatakan aksesori wajib bagi wanita muslimah. Mari kita ikuti tips yang selalu kita abaikan dalam pemakaian dan penjagaan kerongsang.

Tips pemakaian kerongsang
1. Warna kerongsang dipilih sedondon dengan warna tudung tetapi haruslah tona lebih menyerlah dan lebih terang.
2. Juga harus juga mengambil kira warna kasut dan beg tangan di mana warna kerongsang tidak digalakkan sama dengan warna kasut dan beg tangan.
3. Pemilihan bentuk kerongsang juga haruslah bersesuaian dengan majlis ataupun tempat yang ingin dihadiri.

Tips penjagaan kerongsang
1. Asingkan mengikut saiz.yang kecil bersama yang kecil dan yang besar bersama dengan yang besar.
2. Haruslah dipin semasa menyimpan
3. Pastikan kerongsang disimpan elok di dalam bekas yang beralaskan span.
4. Elakkan daripada terjatuh kerana mungkin akan merosakkannya.
5. Kerongsang boleh dicuci dengan air biasa sahaja dan kemudian dilap dengan dengan kain yang kering.

6. Guna kan gam yang dikhaskan jika batu nya tertanggal.

7. Gunakan pewarna kuku untuk mengembalikan kilatan dan seri kerongsang yang telah pudar. (cara ini juga digunakan supaya batu kerongsang tidak mudah tertanggal)

No comments: